Plot batang-dan-daun

Plot batang-dan-daun bagi nilai 20, 30, 32, 35, 41, 41, 43, 47, 48, 51, 53, 53, 54, 56, 57, 58, 58, 59, 60, 62, 64, 65, 65, 69, 71, 74, 77, 88 dan 102.

Plot batang-dan-daun ialah suatu gambaran untuk mempersembahkan data kuantitatif dalam format grafik, serupa dengan histogram, untuk membantu dalam menggambarkan bentuk taburan. Gambara ini berkembang daripada kerja Arthur Bowley pada awal 1900-an, dan merupakan alat yang berguna dalam analisis data penerokaan. Plot ini menjadi lebih lazim digunakan pada tahun 1980-an selepas penerbitan buku John Tukey mengenai analisis data penerokaan pada tahun 1977.[1] Populariti pada tahun-tahun tersebut adalah disebabkan oleh penggunaan gaya taip monospace (mesin taip) yang membolehkan teknologi komputer pada masa itu menghasilkan grafik dengan mudah. Keupayaan grafik komputer moden yang lebih baik menjadikan teknik ini kurang kerap digunakan lagi.

Plot ini telah dilaksanakan dalam Octave[2] dan R.[3]

Tidak seperti histogram, paparan batang dan daun mengekalkan data asal kepada sekurang-kurangnya dua digit bererti, dan menyusun data secara tertib, dengan itu memudahkan peralihan kepada statistik inferens dan bukan parametrik berdasarkan susunan.

  1. ^ Tukey, John W. (1977). Exploratory Data Analysis (ed. 1). Pearson. ISBN 0-201-07616-0.
  2. ^ Function in Octave
  3. ^ Function in R

Developed by StudentB